Anak-anakku

Loading...

Wednesday, March 9, 2011

cokodok pisang


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 5 biji pisang emas saiz besar (dilenyek)
  • 1 cawan tepung berserbuk penaik
  • secubit garam
  • 2 sdb gula
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak.Biarkan 1/2 jam.
    2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.Goreng terendam jemput-jemput tadi sehingga masak. 

nasi goreng cina


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 3 cawan nasi sejuk
  • 3 batang sosej (dipotong bulat)
  • 2 biji telur
  • 4 helai daun kobis cina (dihiris)
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • serbuk lada putih secukupnya
  • 1/2 sdb serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.Masukkan sosej, goreng sebentar.Pecahkan telur dan tunggu hingga telur berketul barulah dikacau rata.
    2. Masukkan nasi, kobis dan hirisan cili merah. Tambah bahan-bahan perasa.Gaul sebati dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

daging masak "arab"

SUMBER : MAJALAH RASA



  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging lembu (direbus empuk dan didadu)
  • 100 gm bawang merah (dihiris)
  • 20 gm bawang putih (dihiris)
  • 70 gm tomato puri
  • 1/2 liter santan
  • 100 ml minyak masak
  • 2 sdb minyak sapi
  • garam secukup rasa
  • Bahan Kisar :
  • 50 gm buah tomato
  • 300 gm bawang merah
  • 10 gm jintan manis
  • 10 gm jintan putih
  • 50 gm halia
  • 5 gm kunyit
  • 5 gm serbuk lada hitam
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Perap daging bersama bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
    2. Panaskan minyak bersama minyak sapi, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.Kemudian masukkan tomato puri dan garam secukup rasa.
    3. Biarkan mendidih seketika dan kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.Gaul hingga mesra.
    4. Masukkan santan dan biarkan mendidih.Masak sehingga kuah menjadi pekat dan daging empuk.
    5. Sedia dihidang.

kupang goreng telur


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 cawan kupang yang telah direbus
  • 2 biji telur 
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun kucai (dihiris)
  • 1/2 biji bawang besar (didadu)
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, cili merah dan kucai.Masukkan kupang kacau rata.Pecahkan telur dan biar sehingga telur berketul baru dikacau.
    2. Masukkan bahan-bahan perasa dan bolehlah dihidangkan.