Anak-anakku

Loading...

Thursday, January 12, 2012

NASI GORENG DAGING

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk sederhana nasi
  • 1 ikat kangkung (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk kecil daging (direbus empuk dan dihiris nipis)
  • 1 biji telur (didadar dan dihiris jalur)
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • sedikit sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis secukupnya
DITUMBUK :

  • 1 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 4 ulas bawang merah
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan naik aroma.
  • Masukkan daging, bahan perasa dan juga kangkung. Masak hingga kangkung layu.
  • Tambahkan nasi yang telah dileraikan. Gaul rata. Sebelum diangkat tambahkan hirisan telur dadar dan juga hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Enak dimakan bersama keropok goreng.

CENCARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang)
  • sedikit kunyit serbuk
  • sedikit pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng terendam
DIKISAR HALUS :

  • segenggam cili api
  • sebesar ibu jari belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
CARA-CARA :

  • Gaulkan bahan yang telah dikisar halus bersama pati asam jawa, garam dan juga gula secukup rasa. Masukkan bahan ini ke dalam ikan.
  • Taburkan sedikit serbuk kunyit dan garam pada ikan. Kemudian panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng ikan. Goreng sehingga garing dan sedia dihidangkan.

PUCUK PAKU GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk paku (ambil bahagian yang lembut)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari belacan
cili api mengikut pedas
sedikit kicap manis jika suka
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumbuk kasar-kasar bawang, belacan dan cili api.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.

Tambahkan pucuk paku.

Gaul rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Setelah pucuk paku agak layu

bolehlah diangkat dan hidangkan segera.