Anak-anakku

Loading...

Friday, July 12, 2013

Ayam percik tujuh likur

RESEPI ASAL DARI KERATAN MAJALAH LAMA TETAPI TELAH DIUBAHSUAI MENGIKUT CITARASA SENDIRI
  BAHAN-BAHAN :
8 ketul ayam
1 kotak santan kara
secukupnya air
1 1/2 tbsp gula
1 tbsp cili kisar
1/2 tbsp serbuk kurma
sedikit lada sulah
garam secukup rasa

DIKISAR :
6 biji buah keras
3 kuntum cengkih
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 batang serai
1 cm kunyit hidup


 CARA :

Masukkan ayam dan semua bahan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya dan jerang sehingga ayam masak.
Keluarkan ayam dan panggang ayam sambil dipercikkan kuah.
Baki kuah dimasak sehingga pekat dan hidang bersama ayam sebagai tambahan.

Juadah musim panas

 Masak ni masa musim panas hari tu.....sup kobis dan bebola ikan dan juga ayam percik tujuh likur. Resepi ayam percik tu makcik dapat dari keratan majalah lama. Entah tahun bila pasal makcik dah potong2 jadikan scrap book...apa-apapun layan la ye..

MEMERIAHKAN SUASANA....

 Seperti biasa. masak spaghetti. Resepi biasa2 macam orang lain juga cuma makcik suka masukkan daun selasih kasi harum sikit....


Tomyam ayam pekat rempah buat sendiri

 Ni pun menu tergendala gak, buat dah berkurun tapi baru masuk gambar.
Seperti biasa takde resepi sbb guna rempah buat sendiri yang makcik lupa nak catit.
Len kali kita buat lagi ekk.....sedap..



Biasa je....

 Dah lama dah masak asam pedas ni, tapi xsempat nak upload dengan kerenah hero2 yang xtra nakai ni...layan gambar je laa ye