Sunday, July 21, 2019

Kerabu bunga betik

BAHAN-BAHAN :
190g bunga betik (1 pinggan)
1 ekor ikan dibakar tawar (ambil isi)
1 tsp lada hitam
2 ulas bawang merah (sangai @ bakar)
1/2 c pati santan
2 kuntum bunga kantan (mayang)
5 tangkai cili api @ lebih (hiris)
setangkai daun kesum (daun sahaja, mayang)
jus limau kasturi/ limau nipis secukupnya
garam bukit/ gula


CARA-CARA :
Rebus bunga betik bersama daun senduduk @ cuka untuk mengurangkan pahit.
Bilas bersih, tos dan ketepikan.
Sementara itu tumbuk isi ikan bersama bawang merah dan juga lada hitam.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk kecil dan renihkan sebentar bersama pati santan.
Di dalam mangkuk besar, satukan bunga betik bersama bahan mayang dan juga pati santan.
Perasakan dengan garam, gula dan perahkan jus limau secukup rasa.
Gaul rata dan sedia disajikan.


Monday, July 15, 2019

Biasa-biasa je....

Contoh hidangan tengahari saya...tumis kobis & udang, kari ikan bawal emas dan paling istimewa kerabu bunga betik. Resepinya saya kongsikan kemudian ye. Terima kasih.


Friday, July 12, 2019

Tumis sawi & suun

BAHAN-BAHAN :
300g sawi kampung
1 batang lobak merah kecil (hiris serong)
1 tangkai cili merah (hiris)
200g udang
50g suun (rendam)
1/2 C air tapis
3 Tbsp kicap pekat manis
garam bukit
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan lobak merah dan batang sawi.
Tumis seketika.
Tambahkan udang, sambal-lombok-ijo, suun dan juga daun sawi.
Masak sehingga sayur layu.
Kemudian masukkan pula kicap manis, cili hiris dan perasakan secukupnya.
Jika suun masih kenyal, tuangkan 1/2 c air.
Kacau sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.

Wednesday, June 26, 2019

Rendang pucuk ubi

BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk besar pucuk ubi
1/2 kg pati santan
segenggam ikan bilis
1 paket kecil cili giling PU3 (200g)
garam bukit/gula

DIKISAR :
1 biji bawang besar
4 tangkai cili api
1 inci kunyit hidup
1 inci halia


CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
Masak di atas api sederhana.
Kacau selalu supaya tidak berkerak.
Masak sehingga pekat.
Perasakan secukupnya.
Buang minyak yang berlebihan dan sedia dihidangkan bersama nasi.
***lebih enak jika pucuk ubi dihiris halus-halus***

Tuesday, June 25, 2019

Jemput-jemput udang

BAHAN-BAHAN :
2 C tepung gandum
1 C anak udang 
3 pokok daun bawang (hiris)
2 tangkai cili kering (gunting halus)
2 3/4C air suam
1 tsp serbuk penaik
1/2 tsp garam bukit @ secukup rasa
1/2 tsp gula pasir @ secukup rasa
1/2 tsp serbuk pati ayam
minyak untuk menggoreng terendam


CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Bancuh dan ketepikan 20 minit.
Panaskan minyak dan jemput adunan  dengan hujung jari.
Goreng sehingga keemasan.
Toskan di atas redai.
Hidangkan bersama cili sos dan teh o panas.

Monday, June 24, 2019

Jemput-jemput pisang

BAHAN-BAHAN :
500g pisang masak lembik (lecek)
1 biji pisang (dadu)
2 C tepung gandum
1/4 C air tapis (jika perlu)
1/2 tsp garam bukit
3 Tbsp gula pasir
1 tsp soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng terendam


CARA-CARA :
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar.
Gaul sebati dan ketepikan setengah jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan jemput adunan menggunakan hujung jari.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan di atas redai.
Hidangkan bersama air kopi pekat untuk minum petang.

Sunday, June 23, 2019

Jus nenas & kiwi

BAHAN-BAHAN :
10 biji anggur hijau
1/2 biji kiwi
1 potong nanas manis 
1/2 batang celery
1 biji epal hijau
600ml air bertapis


CARA-CARA :
Kupas buah dan masukkan ke dalam pengisar bersama air bertapis.
Kisar sehingga halus.
Tapis dan hidangkan.

Sayur air petola

BAHAN-BAHAN :
1 biji petola besar (siang, belah 2)
2 liter air bertapis
2 ulas bawang merah (hiris)
sedikit lada hitam (tumbuk)
garam laut
secubit serbuk pati ayam


CARA-CARA :
Didihkan air bersama bawang dan lada hitam.
Setelah mendidih masukkan petola dan masak sehingga petola lembut.
Tambahkan garam dan serbuk pati ayam jika suka.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi dan ikan bakar cicah air asam.


Saturday, June 22, 2019

Masak lemak labu

BAHAN-BAHAN :
650g labu kuning (buang kulit, potong besar)
1 genggam pucuk ubi rebus
250ml pati santan
3 gelas air bertapis
10 ekor ikan bilis (belah 2)
garam laut

TUMBUK :
3 ulas bawang merah 
1 ruas jari cekur
sedikit lada hitam


CARA-CARA :
Rebus labu bersama bahan tumbuk, ikan bilis dan juga air bertapis sehingga separuh empuk.
Kemudian tuangkan pati santan dan masak sehingga labu lembut.
Akhir sekali masukkan pula pucuk ubi yang telah direbus.
Perasakan secukupnya.
Setelah mendidih matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi dan ikan goreng sambal.

Friday, June 21, 2019

Nasi goreng kampung

BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi sejuk
2 biji telur
sedikit kangkung
1 Tbsp sos tiram
garam bukit
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 Tbsp ikan bilis
1cm belacan
3 tangkai cili api @ lebih


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga berbau harum.
Pecahkan telur dan kacau sehingga telur berketul.
Kemudian masukkan sos tiram, kangkung dan juga nasi.
Kacau rata dan masak sehingga kangkung layu.
Perasakan secukupnya.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama timun dan keropok.

Thursday, June 20, 2019

Telur sambal

BAHAN-BAHAN :
3 biji telur (goreng telur mata)
1 Tbsp sos tiram


CARA-CARA :
Panaskan sambal di dalam kuali.
Masukkan sos tiram dan telur.
Gaul.
Sedia dihidangkan di hari yang sibuk.

Wednesday, June 19, 2019

Jus kiwi, epal & anggur

2 biji kiwi (buang kulit)
1 biji epal hijau (buang kulit, tangkai dan biji)
1 cwn anggur hitam
500ml air bertapis



CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
Kisar sehingga halus.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia dihidangkan.

***boleh juga jika ditapis terlebih dahulu***

Masak lemak turi @ geti

BAHAN-BAHAN :
100g daun turi (daun sahaja)
500ml santan segar
10 ekor udang (buang urat)
1 batang serai (ketuk)
1 tangkai cili merah (hiris serong)
garam laut/gula

DITUMBUK :
2 ulas bawang merah
10 biji lada hitam


CARA-CARA :
Tuangkan santan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan juga serai.
Didihkan sebentar di atas api sederhana.
Kemudian masukkan udang, daun turi dan juga cili merah.
Masak sehingga udang kecut dan sayur lembut.
Perasakan dengan garam dan secubit gula.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Monday, June 17, 2019

Sambal bajak berapi

BAHAN-BAHAN :
350g cili api merah (kisar kasar)
130g bawang besar (hiris)
25g bawang putih (hiris)
330g tomato masak (2 biji besar, hiris)
75g belacan 
3tsp garam bukit
gula melaka secukup rasa
250ml minyak masak


CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis cili bersama bawang sehingga terbit minyak.
Tambahkan tomato dan juga belacan.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan gula melaka dan garam secukupnya.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.
Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam balang.

Sunday, June 16, 2019

Sosej pedas manis

BAHAN-BAHAN :
1 paket koktel ayam keju (500g)
sedikit cili flakes
sedikit dry Italian herbs
1 sachet sos tomato
3 sachet sos cili
sedikit kicap pekat manis @ kicap BANGO 
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Masak sosej di atas api kecil sehingga lembut.
Tambahkan bahan-bahan lain dan masak sehingga bersalut.
Matikan api dan sedia dihidangkan.

Friday, June 14, 2019

Mi goreng ringkas

BAHAN-BAHAN :
450g mi kuning (basuh, tos)
3 biji telur (dadar, hiris nipis)
8 biji bebola ikan (belah 2)
2 keping kek ikan (hiris nipis)
2 biji tomato (belah 6)
sedikit kangkung
90ml air tapis
kicap manis kipas udang secukup rasa
sedikit kicap pekat Jalen
1 Tbsp sos tiram
2 Tbsp sos tomato
gula/garam jika perlu
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
sejemput ikan bilis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan bebola ikan, kek ikan, air dan juga sos-sos.
Gaul seketika.
Kemudian masukkan kangkung, mi dan juga tomato.
Perasakan secukupnya.
Masak sehingga kangkung layu dan mi lembut.
Taburkan telur dadar sebelum dihidangkan.

Kangkung belacan

Saja tayang lauk yang sentiasa menjadi menu kesukaan Nabil. Untuk yang baru belajar ke dapur bolehlah lihat resepi di sini.


Tuesday, June 4, 2019

Gulai lemak bawal emas

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal emas (potong 2)
500ml pati santan segar
400ml air bertapis
1 keping asam keping
2 Tbsp minyak 
garam laut/gula

DIKISAR :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ruas jari halia
1 ruas jari kunyit hidup
2 biji buah keras (sangai)
2 tangkai cili merah
1/2 Tbsp biji ketumbar


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Tuangkan air dan separuh pati santan.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan juga asam keping.
Kacau selalu.
Akhir sekali tambahkan baki santan dan perasakan secukupnya.
Setelah kuah terbit minyak, matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ulaman dan sambal belacan.

Monday, June 3, 2019

Bawal masam manis buahan

BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan bawal hitam (lumur garam kunyit, goreng)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang holland (hiris)
8 tangkai cili api (ketuk)
2 biji tomato masak (potong baji)
2 Tbsp cili kisar
4 Tbsp sos tomato 
1 tin rambutan bersama nenas (ambil sedikit sirap)
garam bukit/gula jika perlu
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato dan juga sedikit sirap daripada buahan.
Masak sehingga tomato lembut.
Akhir sekali masukkan ikan, cili api dan juga buah.
Perasakan secukupnya.
Setelah sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Sunday, June 2, 2019

Jus kunyit buahan

BAHAN-BAHAN:
5cm kunyit hidup 
6 biji epal hijau
2 batang lobak merah
1 batang celery


CARA-CARA :
Potong semua bahan dan masukkan ke dalam pengisar COLD PRESSER.
Sedia dinikmati @ boleh dicampurkan bersama secukupnya air bertapis.

Masak lemak kulat sisir

BAHAN-BAHAN :
300g kulat sisir (rendam & cuci bersih. Toskan)
1 ikat pucuk paku (patahkan bahagian lembut)
1 L pati santan
2 batang serai (ketuk)
1 asam keping
garam laut/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili api
1 ruas kunyit hidup


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi.
Tuangkan pati santan dan masukkan kulat sisir dan pucuk paku.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kacau selalu.
Tambahkan asam keping dan juga perasa secukupnya.
Setelah sayuran lembut matikan api dan sedia dinikmati.

Kerabu ikan yu

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan yu saiz kecil (cuci bersih, dibakar)
1 biji jantung pisang saiz kecil (direbus bersama air +garam+ cuka)
200ml pati santan
1 kuntum bunga kantan (hiris)
4 ulas bawang merah (hiris)
5 tangkai cili api (hiris)
sedikit lada hitam (tumbuk)
1 inci belacan (bakar)
jus limau nipis secukupnya
garam bukit/gula


CARA-CARA :
Siat isi ikan dan ketepikan.
Hiris halus jantung pisang dan ketepikan.
Sementara itu didihkan pati santan bersama belacan, lada hitam, garam dan juga gula secukupnya.
Matikan  api dan masukkan isi ikan, jantung pisang dan bahan-bahan lain.
Gaul hingga rata.
Perahkan jus limau nipis secukup rasa.
Jika suka bolehlah memasukkan sedikit cuka.
Setelah agak sebati bolehlah dihidangkan bersama nasi.