Monday, May 13, 2013

Red velvet cup cake

 Macam biasa laa nak menunjuk-nunjuk lagi sebab baru pandai buat kek....tu pun kek segera. Tak kira laa segera pun yang penting pantas...makcik kan sibuk, banyak agenda semenjak dua menjak nie hu..hu...hu...tak buat frosting pun sebab lazy the crazy...

Ayam panggang berterabur

 Nape makcik namakan ayam panggang ni berterabur ekk?? sebab bahan2 yang makcik bubuh pun berterabur...kucar-kacir tapi rasanya xlaa berterabur. Sedap sampai menjilat ibu jari kaki.   
 Korang nak tau tak apa yang makcik letak, alaaa malulah...tapi makcik cakaplaa ye. Makcik letak garlic powder, sos peri-peri nandos, sos cili kimball, blackpepper tumbuk, madu, mixed herbs dan sedikit garam. Sebelum panggang tu makcik gaul la ngan olive oil sikit. Tak sangka la sedap gak hu...hu...
 makcik buat 1/2 ekor ayam je, rasa xcukup lakk makanya nak bagi kenyang perut stoking ni makcik makan la ngan megi sedap celur.
Tu pinggan makcik la tu ada cinonot. I likeeeee cinonot

Simple white cake


SUMBER :bigoven


1 cupGranulated Sugar (kalau boleh gula tu kurangkan sikit...manis sangat la makngah)
1/2 cupButter
Eggs
2 tspsvanilla extract
1 1/2 cupsall purpose flour
1 3/4 tspsbaking powder
1/2 cupmilk




 Di dalam mixer, pukul gula dan mentega 
 hingga hancur dan kembang
 tambahkan telur sebiji demi sebiji dan 
 pukul lagi hingga pekat dan gebu. Tambahkan esen vanilla
 masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder berselang seli dengan susu
 kaup balik perlahan-lahan
 makcik buat warna-warni sebab nak tarik perhatian kumbang2 kat rumah ni
 masukkan ke dalam paper cup yang telah diletakkan ke dalam acuan muffin
 semasa proses pembakaran
comel kann...macam makcik je

Lauk orang kampung lagi.....xjemu pun

 Makcik orang kampung memang xmalu nak ngaku...makan pun makanan orang kampung juga ada pindang kicap ayam, tumis tauge kasar, telur dadar dan tak lupa pucuk gajus (tanam sendiri) cicah budu...
 sedap tauge ni rangup krupp krapp
 ayam pindang kicap ni boleh tengok resepi kat mari belajar memasak
xjemu makan ala kadar cam gini.....

Bihun sup utara je...

 Buat bihun sup ni dah berzaman gakk tapi biasa laa xberkesempatan nak update. Resepi biasa je boleh tengok kat sini. Tapi kali ni makcik campur ngan tulang rusuk...sedap...