Anak-anakku

Loading...

Saturday, May 11, 2013

Asam pedas bawal emas


 Guna resepi yang biasa aje.....kalau nak cuba boleh laa ke sini. Makcik letak belimbing buluh ngan bunga kantan hasil dari kebun, kali ni xletak daun limau purut sebab malas nak pergi petik, letak daun kesum je. Bak kata sepupu makcik laa Pakcik Ady yang dok kat Woodlands tuu, kalu letak lada hitam lagi sedap...memang terbaikkk!!!!!

Nak resepi boleh je rujuk sini

Lauk orang kampung....

 Masak ni dah lama tapi biasa laa peram dulu macam tapai baru syok tengok..ada ulam raja ngan timun buat cicah ngan sambal belacan. ikan gelama masin dan juga asam pedas ikan bawal emas...kicap kipas udang xpernah dilupakan....asam pedas kali ni kita letak belimbing buluh hasil dari kebun..sedap...ada sapa-sapa yang masak asam pedas hari nie???

Tumis kobis dan bunga kucai



BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 biji kobis (hiris halus)
  • 1 paket bunga kucai 
  • 1/2 biji tomato (dipotong nipis)
  • 4 ulas bawang putih (ketuk)
  • sedikit sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan kobis, bunga kucai dan juga tomato. Tambahkan sos tiram dan sedikit garam jika perlu. Gaul rata.
  3. Angkat dan hidangkan setelah sayur agak layu.

Mee sedap goreng

 BAHAN-BAHAN :
2 paket mi sedap goreng perisa asli
1/2 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 tangkai cili merah (hiris)
1/2 ikat kangkung
1 biji timun (dadu)
15 ekor udang sederhana
2 biji telur
secukupnya air untuk melembutkan mi
sedikit minyak untuk menumis
 CARA :

 Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang hingga wangi.
 Masukkan perencah mi dan kacau.
 Tambahkan air secukupnya (agak-agak le)
 Setelah air mendidih masukkan mi yang telah dipatah-patahkan dan juga udang
 Masak hingga mi lembut tapi masih kenyal
 Tambahkan kangkung dan juga sos kicap dan cili (yang ada dalam paket mi)
 Gaul sebati. Jika suka boleh masukkan telur.
 Biar telur sedikit keras(jangan kacau), masukkan cili hiris dan juga timun yang didadu. Kacau sebentar.
 Sedia dihidangkan panas2 bersama hirisan cili potong. Jangan lupa untuk tabur bawang goreng kriuk-kriuk seperti gambar di atas....
Emmmmm....sedap....

iKAN SIAKAP 3 RASA



 BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan siakap saiz sederhana (di garam kunyit dan goreng)
  • sos cili dan sos tiram secukup rasa
  • sedikit air
  • garam dan gula
  • minyak untuk menumis
DIKISAR :

  • 3 ulas bawang besar
  • 1 labu 1/2 bawang putih
  • segenggam cili api
  • 1 pokok akar ketumbar
DIHIRIS HALUS :

  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 batang serai 
  • sedikit cili api (hiris kasar)
  • beberapa helai daun limau purut
DIPOTONG BAJI :

  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 4 keping nanas tin (dadu)



CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan sos-sos, sedikit air dan juga bahan hiris.
  3. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Setelah kuah mendidih dan terbit minyak, masukkan pula tomato, bawang besar dan juga nenas manis. Jika suka sedikit masam bolehlah perahkan limau kasturi.
  5. Cedok kuah atas ikan.
  6. Lebih enak jika ditabur dengan daun ketumbar sebelum dimakan...