Anak-anakku

Loading...

Monday, August 14, 2017

Sup petola dan suun

 BAHAN-BAHAN :
2 biji petola saiz kecil (bersihkan, hiris)
sedikit suun
5 ulas bawang putih (cincang)
serbuk lada hitam & serbuk lada putih secukup rasa
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam laut secukup rasa
secukupnya air untuk kuah

CARA-CARA :
Didihkan air bersama bawang putih.
Setelah menggelegak, masukkan petola dan perasa.
Kemudian masukkan suun secukupnya.
Biarkan seketika, matikan api dan bolehlah dihidang bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.

Udang sambal

 BAHAN-BAHAN :
15 ekor udang sederhana besar (buang urat)
2 biji kentang (belah 8, rebus & goreng)
1 biji terung kecil (belah 2, hiris & goreng)
20 biji petai (belah 2, goreng)
2 Tbsp cili kisar
sedikit air asam jawa
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
garam laut & gula secukup rasa
minyak kelapa untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tsp belacan 
20 tangkai cili api hijau @ lebih

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan udang, kentang, terung dan juga petai.
Masak sehingga udang kecut.
Kemudian masukkan air asam jawa, tomato dan juga bawang hiris.
Perasakan secukupnya.
Setelah sambal terbit minyak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Wednesday, August 2, 2017

Susu kambing kurma

 
BAHAN-BAHAN :
250ml susu kambing asli
4 biji kurma

CARA-CARA :
Saya menggunakan susu kambing sachet jenama WILDAN.
Bancuh susu bersama 250ml air suam.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar bersama kurma yang telah dibuang biji.
Tapis dan sedia diminum.

Ikan celok pedas

 BAHAN-BAHAN :
4 keping ikan selar papan
1 biji terung panjang (belah 2, hiris serong)
1 biji tomato (belah 4)
air asam jawa secukupnya
air sama paras dengan ikan (untuk kuah)
garam laut

DIKISAR :
1 labu bawang besar saiz kecil
3/4 tsp biji ketumbar
5 tangkai cili api
1 inci kunyit
1 inci belacan bakar

CARA-CARA :
Masukkan air, bahan kisar dan juga terung ke dalam periuk.
Tenggekkan di atas api sederhana sehingga terung lembut.
Masukkan ikan, tomato dan air asam jawa.
Setelah mendidih perasakan dengan garam secukupnya.
Sedia dihidangkan dengan nasi dan sambal belacan.

Tuesday, August 1, 2017

Jus beetroot

BAHAN-BAHAN :
1 biji ubi bit saiz sedehana (kupas, hiris nipis)
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar ubi bit bersama air sehingga hancur.
Tapis dan sedia diminum.

Kerabu betik mengkal

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (sagat, ramas dengan air garam)
1 Tbsp udang baring
2 ulas bawang putih (tumbuk pecah2)
2 biji tomato masak (buang biji, potong baji tumbuk pecah2)
5 tangkai cili api @ ikut citarasa (tumbuk pecah2)
1 Tbsp gula kabung
sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan betik, udang baring dan bahan tumbuk ke dalam mangkuk besar.
Satukan gula kabung, sos ikan dan juga jus limau.
Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi betik tadi.
Gaul rata dan enak dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.