Saturday, March 26, 2011

buncis goreng bersambal


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 130 gm kacang buncis (hiris serong)
  • 1 batang karot (hiris bunga)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 20 gm udang kering (rendam & toskan)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 4 bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 2 sdb cili boh
  • garam dan ajinomoto
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan kuali,tumis bahan tumbuk dan cili boh sehingga wangi.Masukkan udang kering dan karot.Masak lagi sehingga karot empuk baru dimasukkan buncis dan semua bahan lain.
    2. Kacau rata dan sedia dihidangkan.  

sotong goreng kunyit


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor sotong besar (dipotong bulat)
  • 4 batang bendi (hiris serong)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (hiris nipis)
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan ajinomoto
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Panaskan kuali,masukkan sotong dan masak sebentar sehingga air sotong kering.Selepas itu masukkan minyak dan tambah bawang hiris.Masak sehingga wangi.
    2. Masukkan bahan perasa, sedikit air asam jawa dan serbuk kunyit.Akhir sekali masukkan bendi dan cili merah.
    3. Bolehlah dihidangkan.  

bubur caca




  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 

  • 1 sdb caca

  • 400 gm labu kuning (dipotong-potong)

  • 1 biji pisang (dipotong-potong) 

  • 3 helai daun pandan (disimpul)

  • 1 keping gula kerek + sedikit gula pasir

  • sedikit garam

  • santan secukupnya

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan santan di dalam periuk,masukkan caca,labu dan juga pisang.masak di atas api sederhana dan kacau selalu.Tambahkan daun pandan, gula dan juga garam.Masak sehingga caca kembang dan labu serta pisang empuk.Matikan api.
    2. Bolehlah dihidangkan.  

  • kari ikan cencaru


    • BAHAN-BAHANNYA :-)
    • 350 gm kepingan ikan cencaru saiz besar
    • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
    • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • 2 cm halia (ditumbuk)
    • 1/2 sdk halba campur
    • 1/2 sdk serbuk jintan manis
    • 1/2 sdk serbuk jintan putih
    • 1/2 sdk serbuk lada hitam
    • 3 sdb rempah kari indra (jadikan pes)
    • 1 pelepah daun kari
    • 1 biji tomato (potong 4 )
    • 7 batang bendi
    • sedikit air asam jawa
    • 2 cawan santan
    • minyak untuk menumis
    • CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Biji sawi,halba,jintan manis,jintan putih dan daun kari ditumis sehingga naik bau.
      2. Masukkan rempah yang dicampurkan dengan bawang merah,bawang putih dan halia.
      3. Apabila naik bau dan pecah minyak,masukkan santan.
      4. Masukkan ikan dan biarkan sehingga kuah mendidih sebelum dimasukkan air asam jawa.
      5. Masukkan bendi dan tomato.
      6. Perlahankan api dan biarkan semua bahan-bahan masak sebelum diangkat.


    ayam rica-rica bunda

    Sumber : http://Diajar masak.blogspot.com
    Resepi : Bunda Inong Alm
    Diolah semula oleh NaSya



    •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
    • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
    • 5 ulas bawang merah (dikisar)
    • 5 cm halia (dikisar)
    • 5 bawang putih (dikisar) 
    • 1 batang serai (dikisar)
    • 10 biji cili merah (dikisar)
    • 15 biji cili padi merah (dikisar)
    • 1 helai daun pandan (disimpul)
    • 5 helai daun limau purut (dicarik-carik)
    • 1 biji limau nipis (diambil jus)(ikut citarasa)
    • 50 ml air
    • garam dan gula secukup rasa
    • minyak untuk menumis
    • CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau sekali sekala hingga ayam empuk dan terbit minyak.
      2. Masukkan bahan perasa, sedikit air dan daun limau purut..Masak lagi sehingga mendidih  dan  sebelum diangkat perahkan sedikit jus limau nipis.
      3. Bolehlah dihidangkan.