Sunday, August 14, 2016

Roti mil penuh


BAHAN-BAHAN :
250g tepung roti @ tepung gandum biasa
250g tepung mil penuh
220 ml air
30g mentega 
1 tsp gula
1 tsp madu
1 tsp garam
1 tsp penuh yis kering
1 biji telur c

CARA-CARA :
Di dalam mangkuk kecil, campurkan air, gula dan juga yis.
Ketepikan dan biar hingga berbuih.
Sementara itu, campurkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk pengadun.
Gunakan HOOK dan tuangkan adunan ragi.
Adun sehingga doh licin.
Sapu sedikit miyak pada mangkuk, masukkan doh dan tutup dengan plastic wrapper.
Ketepikan doh sehingga naik sekali ganda.
Kemudian tumbuk-tumbuk doh untuk membuang angin.
Bentukkan dan biar doh mengembang sekali lagi.
Bakar roti di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Setiap 10 minit, spray ketuhar dan atas roti untuk mengelakkan roti daripada terlalu gelap.
Setelah masak, sapukan roti dengan sedikit mentega jika suka.
Enak dihidangkan panas-panas bersama jem dan secawan KOPI PAK BELALANG