Friday, February 4, 2011

asam pedas ikan pari

Kata-kata hikmah ;
Kepentingan Menjaga Makanan
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Perut adalah punca segala penyakit.
Menjaga pemakanan adalah pokok segala ubat."




  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gm ikan pari (dipotong besar)
  • 125 ml minyak masak
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 tangkai daun kesum
  • 3 helai daun limau purut
  • 500 ml air
  • 8 biji bendi
  • 2 sdb asam jawa (diramas dengan 125 ml air)
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 biji cili merah (dikisar)
  • 2 cm kunyit hidup (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 2 sdk serbuk belacan
  • 3 sdb pes cili kering 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Cuci dan bersihkan ikan dengan garam dan air asam jawa.Bilas beberapa kali dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan yang dikisar bersama belacan dan pes cili kering hingga harum dan terbit minyak.
    3. Masukkan ikan pari,bunga kantan,daun kesum dan daun limau purut.Kacau rata dan masukkan separuh air dan biar mereneh selama 5 minit.
    4. Masukkan bendi,baki air dan air asam jawa.Masukkan juga bahan perasa.Tunggu sehingga mendidih dan ikan masak.
    5. Sedia untuk dihidangkan.

tom yam nam khon

Kata-kata hikmah:
Daripada Anas bin Malik,katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Antara sifat boros itu adalah makan apa yang diingini oleh selera."



  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 2 cawan stok udang atau ayam
  • 100 gm udang kertas
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 sdb sos ikan
  • garam (sekiranya perlu)
  • 1 biji limau nipis (diambil jus)
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 sdb hirisan daun ketumbar
  • 1 sdb hirisan daun bawang
  • 2 sdb pes cili serbaguna (namprik phao)
  • susu tepung (mengikut kepekatan yang dikehendaki)
  • 3 keping cendawan tiram
  • 4 cm akar ketumbar (dibersihkan)
  • 1 cawan air
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Tuangkan stok serta air ke dalam periuk dan didihkan.
    2. Masukkan daun limau purut,serai,cendawan dan akar ketumbar.
    3. Masukkan udang diikuti sos ikan dan kacau rata.Masukkan pula pes cili kacau lagi.
    4. Campurkan dengan susu tepung kacau sehingga sebati.Sebelum dihidangkan taburkan cili padi,daun ketumbar dan daun bawang.
    5. Hidangkan.

kari ikan tenggiri istimewa ala Asrul



  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 6 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili padi atau lada hitam (ditumbuk halus)
  • 3 potong ikan tenggiri
  • 1/2 biji kelapa (diambil santannya)
  • 4 batang bendi
  • 2 tangkai cili hijau
  • sedikit halia (diracik)
  • 2 biji terung bulat (belah 4 )
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 3 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • sedikit air asam jawa
  • beberapa pelepah daun kari
  • 2 biji tomato
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
    2. Biji sawi,halba,jintan manis,jintan putih dan daun kari ditumis sehingga naik bau.
    3. Masukkan rempah yang dicampurkan dengan cili padi,bawang merah,bawang putih,halia berserta dengan pati santan.
    4. Apabila naik bau dan pecah minyak,masukkan santan perahan kedua.
    5. Masukkan ikan dan biarkan sehingga kuah mendidih sebelum dimasukkan air asam jawa dan santan perahan ketiga.
    6. Masukkan bendi,tomato,terung bulat dan cili hijau.
    7. Perlahankan api dan biarkan semua bahan-bahan masak sebelum diangkat.