Anak-anakku

Loading...

Sunday, January 8, 2012

UDANG GORENG ASAM

BAHAN-BAHAN :
10 ekor udang bersaiz besar (dibuang urat tengah dan dibersihkan)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji cili merah dan cili hijau (dihiris)
1 sdb bawang merah kisar
segenggam asam jawa (dibancuh bersama sedikit air)
kicap manis secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali kemudian masukkan bawang kisar dan masak hingga naik bau dan garing.

Tambahkan udang, pati asam jawa pekat dan juga kicap manis secukupnya.

Kacau rata dan masak hingga udang kecut. Tambahkan garam dan gula secukupnya.

Sebelum diangkat, masukkan bawang dan cili yang telah dihiris.

Gaul rata dan 

sedia dihidangkan.


SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN :
sedikit cendawan telinga
sedikit asparagus
sedikit karot
sedikit cendawan tiram
1 biji cili merah
2 ketul hati dan pedal ayam (potong kecil)
1 sdb bawang merah kisar
sos tiram secukupnya
sedikit air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis 
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang kisar sehingga wangi dan garing kemudian

masukkan hati dan pedal ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga kecut.

Tambahkan sos tiram dan juga sedikit air. Masak lagi hingga air agak kering.

Setelah itu, tambahkan sayur-sayuran yang telah dicuci dan ditoskan.

Gaul rata dan tambahkan garam jika perlu.

Sedia dihidangkan.