Anak-anakku

Loading...

Sunday, May 19, 2013

Pajeri nanas


 BAHAN-BAHAN :
1 biji nanas masak
1/2 kg santan
2 tbsp serbuk kari ikan (makcik guna serbuk untuk pajeri, beli kat kg)
1 tbsp kerisek (jika suka, xletak pun xpe)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
DITUMBUK :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tbsp udang kering
REMPAH TUMIS :
1 inci kulit kayu manis
4 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 cabai jawa (xde xpe)

CARA :

 Kupas nenas dan potong ikut suka (kalau guna nenas muda disyorkan untuk merebus dulu nenas tu, buang air yang tajam. Makcik guna nanas madu...manis jadi xpayah rebus)
 tumbuk bahan tumbuk
  Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk
 bersama dengan rempah tumis hingga garing dan harum
 kemudian masukkan rempah kari dan
 gaul rata. Masukkan sedikit air
 masak rempah hingga terbit minyak dan hilang bau rempah
 tambahkan santan dan masak
 hingga mendidih. Setelah itu bolehlah
 masukkan nanas dan masak hingga 
 nanas empuk. Kalau nak letak kerisek boleh la letak time ni
 masukkan garam dan juga gula secukup rasa. Makcik suka kalau pajeri ada rasa manis sikit
 Masak hingga kuah pekat dan terbit minyak
Hidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng...

Bingka suji Puan Norzailina

 SUMBER : PUAN NORZAILINA NORDIN
SKODENG DARI DAPUR KAKAK KU KAK RATNA
kak......mintak izin menepek ya..sayang akak berdua mmuahh.....


 5 biji telur (MaDiHa guna gred A
180-200 g gula kastor (MaDiHa bubuh 180 g aje just nice utk selera kami
250 g tepung suji 
300 ml santan (dari 1 biji kelapa) (MaDiHa guna 200 ml santan kotak dilute dgn air menjadi 300 ml
100 ml susu cair 
6 helai daun pandan, hiris halus & dikisar dengan 100 ml air untuk jus pandan (air tu.. bukan air yg 600 ml tu tau!
600 ml air 
½ camt garam 
140 g marjerin 
50 g tepung gandum 
1 camt vanila 

 CARA :
 pukul telur bersama gula hingga hancur (guna senduk je)
 masukkan tepung suji, santan, susu cair, air pandan, garam dan juga air
 kacau di atas api
 sederhana 
 sehingga 
 pekat dan likat. 
 ketepikan dari api dan masukkan tepung gandum, butter dan esen vanilla
 gaul sebati
 lengser aluminium foil bersama sedikit butter. Tuang adunan
 bakar di dalam ketuhar
 sehingga
 agak garing. Test guna lidi, kalau lidi bersih kuih dah masak la tuu
tunggu sejuk baru di potong....
enak dihidangkan untuk minum petang

Cucur kembung Kak Noor



SUMBER : Kak Noor
Saya mintak izin menepek ya Kak Noor, sayang Kak Noor mmuahhh



Bahan-bahannya: 
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.


yeyyy...saya dah boleh jalannnnnn...


 Hero kenit dah start berjalan 9 May hari tu....habih umah makcik dia kemas
kiranya lebih kurang 14 bulan gitu laa dapat berjalan
 lesen pun dah dapat, amik kat Nilai 3 je




 lepas memandu buat pertunjukan pulokk
ewahh...ewahh....
ni plak gambar masa ketumbit hari tu...ngintai ibu mandi ke ape???