Anak-anakku

Loading...

Saturday, November 19, 2011

Selamat hari lahir...19/11/1977

Selamat hari lahir buat gadis kecil ini....semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dalam lindungan ALLAH SWT selalu..Amin...

Sotong masak asam

SUMBER : ASIAN RETRO FOOD OLEH BETTY SAW



BAHAN-BAHAN :
450 g sotong, saiz kecil @ sederhana (dibuang dakwat)
3 sdb asam jawa, dibancuh bersama 625 ml air dan ditapis
1.25 cm belacan
1 sdk gula @ secukup rasa
1 sdt garam
3 keping asam gelugur
12 biji bawang merah (dimayang)
2 batang serai (diketuk)
4 biji cili merah (dibelah 2 tidak putus)
4 biji cili hijau (dibelah 2 tidak putus)
CARA-CARA :
Masukkan air asam jawa, belacan, garam, gula, asam gelugur, bawang dan serai ke dalam periuk.

Didihkan di atas api sederhana. Kemudian

tambahkan cili dan juga sotong. Masak di atas api perlahan selama 10 minit atau sehingga sotong

masak.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, ulam-ulaman dan juga ikan pekasam goreng.

Kek coklat Haifa

BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega pada suhu bilik
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/4 cawan tepung kek (diayak bersama)
3/4 cawan serbuk koko (diayak bersama)
4 biji telur pada suhu bilik
1/2 cawan air suam @ susu segar
CARA-CARA :
Putar mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun sehingga

ringan dan putih. Masukkan

telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga gebu

dan ringan. Setelah itu masukkan sesudu demi sesudu

tepung yang telah diayak bersama serbuk koko. Selang seli kan adunan tepung dan juga susu segar. Pukul lagi hingga adunan rata

dan tidak bergentel. Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum memasukkan adunan.

Pastikan loyang disapu mentega dan dilapis dengan kertas minyak supaya kek tidak melekat dan senang untuk mengeluarkannya nanti. Sedia dimasukkan ke dalam ketuhar. (kepanasan ketuhar berbeza antara satu sama lain-gunakan kreativiti anda)

Tunggu sehingga kek sejuk barulah dipotong supaya kek tidak berderai.
Sedia dihidangkan.


Tumis cendawan dan kacang peas

BAHAN-BAHAN :
1 paket cendawan shitake segar
1 paket kacang peas (dibuang hujung)
1 biji cili merah (hiris)
10 biji bebola ikan (dibelah 2)
4 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit sos tiram
serbuk lada putih
sedikit minyak bijan
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi.

Masukkan bebola ikan dan cendawan. Masak hingga cendawan layu.

Seperti ini. Kemudian

tambahkan kacang peas, cili hiris, bahan perasa dan juga percikan minyak bijan jika suka. Jika perlu masukkan sedikit garam.

 Kacau rata. Matikan api dan 

sedia dihidangkan.