Anak-anakku

Loading...

Friday, April 27, 2012

Kari daging dan kacang ular

Lauk ni masak 3 hari sudah. Resepi biasa je, bezanya Nasya guna rempah gulai kawah sebab itu warnanya agak kurang menarik.Kita layan gambar je lah ye...

Sunday, April 22, 2012

Kerang pedas manis

BAHAN-BAHAN :

1 mangkuk kecil kerang yang telah direbus dan dibuang separuh kulit
2 sdb bawang merah kisar
2 sdb bawang putih kisar
2 sdb cili giling
kicap manis secukupnya
2 batang serai (diketuk)
1 tangkai daun kari
1 cili hijau + 1 bawang besar (dihiris)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA :

Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga wangi.
Masukkan setangkai daun kari.
Tambahkan kerang dan bahan lain,
masak lagi hingga sebati.
Sedia dihidangkan.

Masak lemak keladi dan udang


BAHAN-BAHANNYA :
1 pokok keladi sayur (direbus bersama asam keping, toskan)
1 mangkuk kecil udang
5 ulas bawang merah + 1 inci kunyit (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1 asam keping
1/2 kg santan
garam secukup rasa
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan 
masak di atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin.

Saturday, April 21, 2012

Tumis peria

BAHAN-BAHAN :
1/2 biji peria (di hiris, rendam air garam sebentar dan perah)
1/2 biji cili merah (hiris)
5 ulas bawang putih (ketuk)
10 ekor udang sederhana
garam dan sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan udang dan biar hingga air udang kering.
Tambahkan peria, hirisan cili dan juga bahan perasa.
Sedia dihidangkan untuk anda yang ekspress.

Kadai chicken

Lauk ni Nasya ambik dari momcook tapi Nasya dah ubah ikut citarasa Nasya sendiri.
Nasya cuma tambah :
1 sdb tomato sup heinz
sedikit air
sedikit serbuk pati ayam
hirisan cili hijau (dalam 3 biji)
daun ketumbar yang banyak.
untuk resepi bolehlah ke dapur momcook

Thursday, April 19, 2012

Ayam panggang paprika


Ayam ni dah lama masak cuma xsempat nak masukkan entry..apa pun kita layan je la ye..
Nasya perap ayam ni dengan chicken montreal seasoning + ground pepper + sweet paprika + garam sikit + butter. Dah masak, hidang je ngan brown sauce. Senang kan untuk orang yang sibuk ngan anak kecik nie...

Wednesday, April 18, 2012

Lagi gambar-gambar si dia......
















kesian baby tua dah kena kongsi buai ngan adik dia.....
yang ni pulak..baby yang dah expired......
betul tak abang ngah...ha..ha..ha...gelak sakan dia
pegang kamera sbb dah lama x bergoblog...
abang ngah lepas gian...xsanggup rasanya nak lepaskan harta pusaka

Monday, April 2, 2012

Masak lemak ayam


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 biji kentang (potong 4)
3 sdb bawang merah kisar
1 sdb halia kisar
2 batang serai (ketuk pangkal)
10 biji cili api (tumbuk)
1 helai daun kunyit (disimpul)
1/2 kg santan
2 asam keping
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kunyit.
Masak di atas api yang sderhana dan kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Masak hingga mendidih. Sebelum diangkat masukkan daun kunyit.
Sedia dihidangkan.

Sotong pedas hitam


BAHAN-BAHAN :
7 ekor sotong saiz sederhana (potong 3 & ambil dakwat)
1 sdk bawang putih kisar
1 sdk halia kisar
2 sdk bawang merah kisar
2 sdb cili kisar
1 batang serai (diketuk)
2 biji cili merah (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
jus dari sebiji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Tambahkan sotong, serai dan masak hingga sotong kecut.
Masukkan bahan perasa dan juga bahan hiris, masak lagi hingga naik minyak.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.
Perahkan jus limau kasturi sebelum menghidang.

Masak lemak ketam


BAHAN-BAHAN :
3 ekor ketam seberat 1.2 kg (dibersihkan dan dipotong 2)
1 gelas pati santan
1 kotak santan kara + 2 kotak air
3 sdb bawang merah kisar
1 sdk bawang putih kisar
1 sdk halia kisar
3 batang serai (diketuk)
1 sdk serbuk kunyit
sedikit cili api tumbuk
1 helai daun kunyit (dimayang)
3 asam keping
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Renihkan kesemua bahan di atas api yang sederhana.
Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
Setelah mendidih dan ketam masak, bolehlah diangkat dan dihdangkan.

Sup labu siam


BAHAN-BAHAN :
1 biji labu siam (dipotong kecil)
sedikit kobis (dihiris nipis)
1 mangkuk kecil bebola dan kek ikan
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar saiz kecil (dihiris)
1 sdk cili kisar
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji telur (dikocok)
sedikit serbuk pati ayam
sedikit kicap manis cap kipas udang
3 gelas air 
sedikit tepung jagung (dibancuh bersama sedikit air)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris.
Setelah garing, masukkan cili kisar, bebola dan kek ikan dan masak lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan air, serbuk pati ayam, sayur-sayuran dan juga bahan perasa.
Masak hingga mendidih dan sayur lembut.
Tambahkan bancuhan tepung jagung, kicap manis dan juga telur yang telah dikocok.
Sedia untuk dihidangkan.