BAHAN-BAHAN :
7 ekor sotong saiz sederhana (potong 3 & ambil dakwat)
1 sdk bawang putih kisar
1 sdk halia kisar
2 sdk bawang merah kisar
2 sdb cili kisar
1 batang serai (diketuk)
2 biji cili merah (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
jus dari sebiji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Tambahkan sotong, serai dan masak hingga sotong kecut.
Masukkan bahan perasa dan juga bahan hiris, masak lagi hingga naik minyak.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.
Perahkan jus limau kasturi sebelum menghidang.
salam nasya,
ReplyDeletesalam kenal,saya tak pernah cuba masak dgn dakwat sotong ni.mcm mana ye rasanya..boleh lah mencuba ni..
http://dapurmerahibu.blogspot.com
Wslm. Jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung ke dapur Nasya yang kecil ini....
ReplyDeletesaya harap puan sudi mencuba resepi ni sbb bagi Nasya sotong ni sebenarnya lagi sedap kalau dimasak dengan dakwat sekali..camner nak cakap ye rasanye.
Apapun selamat mencuba dan selamat menjalinkan persahabatan.