Monday, April 2, 2012

Ayam tomato


BAHAN-BAHAN :
5OO gm ayam (dipotong kecil, sapu garam kunyit & goreng 1/2 masak)
20 biji tomato ceri (kisar)
4 sdb bawang merah kisar
1 sdk bawang putih kisar
1 sdk halia kisar
1/2 sdb cili kisar
1 biji bawang besar (hiris)
4 sdb sos cili
sedikit serbuk pati ayam
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan sos cili, serbuk pati ayam dan juga bahan perasa.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
Jika mahu berkuah bolehlah ditambahkan dengan sedikit air.
Masak hingga sebati dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.


No comments:

Post a Comment