Anak-anakku

Loading...

Saturday, April 18, 2015

Shrimp scampi





BAHAN-BAHAN :
1 paket spaghetti (direbus)
udang sederhana secukupnya
5 ulas bawang putih
5 biji tomato (buang biji &dadu kecil)
1 genggam daun sup (hiris halus)
serbuk udang dan cili kering Mae pranom (ikut suka)
jus limau kasturi secukupnya
garam secukup rasa
sedikit minyak zaitun untuk menumis


 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga harum.
Masukkan udang dan masak hingga kecut. 
Tambahkan spaghetti, tomato, daun sup dan perasakan secukupnya.
Masukkan serbuk cili dan udang kering Mae pranom.
Gaul rata. 
Perahkan jus limau secukup rasa.
Sedia dihidangkan...


Rendang ayam pucuk ubi





 BAHAN-BAHAN :
1/4 ekor ayam (potong kecil)
2 genggam pucuk ubi
1 c santan pekat
1 tbsp kerisek
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili api
3 batang serai

 CARA-CARA :

 Kisar bahan kisar
 Panaskan minyak secukupnya dan
 tumis bahan kisar 
 hingga wangi dan pecah minyak
 masukkan ayam, asam gelugur dan gaul rata
 setelah ayam kecut, tambahkan pati santan
 masukkan garam dan gula secukup rasa
 kemudian tambahkan kerisek dan juga pucuk ubi
 masak lagi sehingga pucuk ubi lembut
 dan kuah pekat
Enak dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

Asam pedas daging daun roselle



 BAHAN-BAHAN :
500 g daging (rebus empuk dan simpan air rebusan)
1 ikat daun roselle
4 tbsp cili kisar
1 batang serai (ketuk)
1 batang bunga kantan (belah 4)
2 helai daun limau purut (dicarik-carik)
minyak untuk menumis
garam dan perasa
DIKISAR :
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit
1 inci halia
sebesar ibu jari belacan

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak untuk menumis
 tumis bahan kisar dan serai
 sehingga wangi dan pecah minyak
 masukkan cili kisar dan masak lagi
 sehingga hilang bau cili
 kemudian masukkan daging yang telah dihiris
 bunga kantan dan juga daun limau purut
 tambah air rebusan secukupnya. Jika ingin asam pedas yang pekat, kurangkan kuantiti air rebusan
 masak hingga menggelegak dan tambahkan garam dan perasa secukupnya
 akhir sekali, masukkan daun roselle 
 sebatikan rasanya dan
sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan sambal belacan....