Anak-anakku

Loading...

Saturday, April 18, 2015

Asam pedas daging daun roselle



 BAHAN-BAHAN :
500 g daging (rebus empuk dan simpan air rebusan)
1 ikat daun roselle
4 tbsp cili kisar
1 batang serai (ketuk)
1 batang bunga kantan (belah 4)
2 helai daun limau purut (dicarik-carik)
minyak untuk menumis
garam dan perasa
DIKISAR :
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit
1 inci halia
sebesar ibu jari belacan

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak untuk menumis
 tumis bahan kisar dan serai
 sehingga wangi dan pecah minyak
 masukkan cili kisar dan masak lagi
 sehingga hilang bau cili
 kemudian masukkan daging yang telah dihiris
 bunga kantan dan juga daun limau purut
 tambah air rebusan secukupnya. Jika ingin asam pedas yang pekat, kurangkan kuantiti air rebusan
 masak hingga menggelegak dan tambahkan garam dan perasa secukupnya
 akhir sekali, masukkan daun roselle 
 sebatikan rasanya dan
sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan sambal belacan....

No comments:

Post a Comment