Anak-anakku

Loading...

Thursday, July 25, 2013

Bihun kuning



 BAHAN-BAHAN :
1 keping bihun (disiram air panas hingga lembut)
2 batang fish cake
1/2 tsp serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit serbuk pati ayam
minyak untuk menumis
DITUMBUK :
1 tbsp udang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA :
 Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan fish cake, bihun dan juga serbuk kunyit.
Gaul rata.
Tambahkan garam dan juga serbuk pati ayam.
Sesuaikan rasanya mengikut selera.
Sedia dihidangkan untuk anak-anak yang kelaparan grrrrr.....

Sambal kering



 BAHAN-BAHAN :
segenggam cili api
segenggam ikan bilis
sebesar ibu jari belacan
sedikit gula
sedikit minyak masak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga wangi.
Ketepikan.
Goreng pula cili api yang telah dibelah 2 hingga layu.
Ketepikan.
Goreng pula belacan.
Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng ke dalam lesung dan tumbuk hingga hancur.
Tambahkan gula secukup rasa.
Sedia dimakan bersama nasi panas-panas dan juga ikan gelama jeruk.....cicah ngan mangga muda pun sedap jugerrr...

Masak lemak cili api ayam kampung


  BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam kampung (potong kecil)
1 mangkuk kecil cendawan tiram
3 batang serai (ketuk)
1 kg santan
2 keping asam keping
garam secukup rasa
2 helai daun limau purut
DITUMBUK :
segenggam cili api
2 inci kunyit hidup

CARA :

 Masukkan ayam bersama bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk.
Tenggekkan di atas api sederhana hingga ayam kecut dan kering airnya.
Tambahkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyak.
Masukkan juga garam, daun limau purut dan asam keping.
Renihkan sehingga ayam lembut.
Masukkan cendawan tiram dan masak sebentar. 
Sesuaikan rasanya dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan sambal belacan.