Anak-anakku

Loading...

Thursday, July 25, 2013

Masak lemak cili api ayam kampung



 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam kampung (potong kecil)
1 mangkuk kecil cendawan tiram
3 batang serai (ketuk)
1 kg santan
2 keping asam keping
garam secukup rasa
2 helai daun limau purut
DITUMBUK :
segenggam cili api
2 inci kunyit hidup


CARA :
 Masukkan ayam bersama bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk.
Tenggekkan di atas api sederhana hingga ayam kecut dan kering airnya.
Tambahkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyak.
Masukkan juga garam, daun limau purut dan asam keping.
Renihkan sehingga ayam lembut.
Masukkan cendawan tiram dan masak sebentar. 
Sesuaikan rasanya dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan sambal belacan.


1 comment:

  1. Assalamualaikum nasya..
    lama tak apdet ye.. skrg baru timbul..
    sedapnya masak cendawan camni.. saya suka masak cendawan tiram ni.. tumis bawang gitu aja pun best.. :) kan..
    Selamat berpuasa ye..

    ReplyDelete