Anak-anakku

Loading...

Saturday, May 28, 2016

Ayam panggang bbq

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong 2)
4 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
2 tbsp sos tiram
1 tbsp oregano
1 tbsp lada hitam (kisar)
1 tsp serbuk bawang putih
2 tsp serbuk paprika
1/2 tbsp serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 tbsp madu

CARA-CARA :
Perap ayam bersama semua bahan sekurang-kurangnya 1/2 jam. 
Lebih enak jika diperap semalaman.
Panggang di dalam ketuhar sehingga masak.
Enak dinikmati bersama salad dan koleslaw.

Biasa-biasa je....

Lauk biasa-biasa je..makanan sehari-hari. Ikan selar goreng kunyit, kangkung tumis kicap dan ayam masak kerutuk. Delicious....

Biasa-biasa je....

Sedapnya makan nasi dengan ikan singgang dan budu. Nikmat sungguh...

Ayam rendang pedas

 BAHAN-BAHAN :
6 ketul ayam
1 paket santan KARA +1 kotak air
air asam jawa secukup rasa
garam dan gula melaka secukup rasa
1 helai daun kunyit (carik)

BAHAN KISAR :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 hiris lengkuas
1/2 inci halia
2 batang serai
15 tangkai cili kering (rebus)

CARA-CARA :
Masukkan ayam dan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun kunyit.
Renihkan di atas api perlahan sehingga pekat.
Kacau selalu supaya tidak berkerak.
Tambahkan garam dan gula melaka secukup rasa.
Masukkan daun kunyit dan gaul rata.
Enak dihidangkan bersama nasi lemak @ ketupat palas.