Anak-anakku

Loading...

Tuesday, March 22, 2011

sambal udang petai bersantan


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 6 ekor udang bersaiz xxl
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 cm belacan (dikisar)
  • 7 sdb cili boh
  • 3 papan petai (dikupas isi)
  • sedikit santan pekat (1 sdb santan kara + sedikit air)
  • sedikit air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis  
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan gula,udang dan bawang hiris.Kacau sekali sekala.Tambahkan santan pekat dan petai.
    2. Apabila kuah agak pekat masukkan air asam dan sedikit garam.
    3. Rasa masam manisnya dan bolehlah diangkat. 

maggi goreng sempoi







  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 3 keping maggi (direbus hingga lembut dan ditoskan)
  • 4 helai daun kobis cina (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji kecil bawang besar (didadu)
  • sedikit serbuk belacan 
  • 1 sdb cili boh
  • 8 biji sosej koktel (dihiris)
  • sos tiram,kicap manis dan kicap cair secukupnya
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • daun sup dan daun bawang 
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Panaskan minyak, tumis bawang,cili boh dan belacan hingga wangi dan garing.Masukkan sosej, goreng sebentar.Masukkan kobis dan tomato tunggu hingga kobis masak.
      2. Tambahkan sos - sos dan masukkan maggi yang telah direbus tadi.Kacau rata.
      3. Tabur daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.