Anak-anakku

Loading...

Tuesday, June 7, 2011

Bihun sup kanak-kanak riang

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 bungkus bihun (direbus & ditos)
  • 10 ulas bawang putih (diracik halus &ditumis bersama 4 sdb minyak)
  • 7 cawan air
  • 350 gm ayam (didadu)
  • 200 gm udang
  • sebungkus sawi bunga
  • 1 senduk kicap cair
  • garam secukup rasa
CARA-CARA :
  • Ayam direbus bersama air sehingga empuk. Buang buih yang timbul dipermukaan sup. Masukkan udang, kicap cair, bawang putih tumis berserta minyaknya sekali dan garam. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan sawi bunga.
  • Apabila sawi kelihatan agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama bihun yang telah ditos.

Nasi goreng kunyit

BAHAN-BAHAN :
  • 1 mangkuk besar nasi
  • 5 ulas bawang merah + 4 ulas bawang putih (tumbuk)
  • segenggam ikan bilis + sedikit cili api (tumbuk pecah-pecah)
  • 2 biji telur
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1/2 sdb serbuk pati ayam
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur, tunggu sehingga telur berketul baru masukkan nasi dan bahan-bahan lain. Sedia dihidangkan.