Anak-anakku

Loading...

Monday, April 17, 2017

Kuah Kacang

   
BAHAN-BAHAN:
500g kacang tanah (panggang, kisar kasar)
1 blender air (guna jug blender)
gula melaka/garam
air asam jawa secukup rasa
1/2 C minyak

DIKISAR :
segenggam cili kering (rebus)
1 inci halia
1 hiris lengkuas
1 labu bawang besar saiz kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm belacan

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tuangkan bahan kisar dan masak sehingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan kacang tanah dan gaul rata.
Tambahkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan juga air asam jawa, gula melaka dan sedikit garam.
Masak sehingga kuah pekat.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi kapit @ dicicah bersama roti.

Nasi Kapit

 BAHAN-BAHAN :
1 C beras (dicuci bersih)
4 C air
2 helai daun pandan (carik, simpul)

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras hancur.
Keluarkan daun pandan dan masukkan nasi hancur tadi ke dalam loyang.
Lapikkan dengan plastik dan tindan dengan benda berat.
Biarkan nasi keras semalaman.
Keesokannya bolehlah dipotong dan dihidangkan bersama kuah kacang.
 Anda juga boleh menggunakan plastik kecil tahan panas.
Caranya ialah dengan mencucuk plastik tersebut dengan lidi, isi beras sebanyak 1/4 dan stapler.
Rebus di dalam air yang berisi daun pandan sehingga beras tersebut hancur sepenuhnya.
Toskan dan biar semalaman.