Anak-anakku

Loading...

Thursday, November 24, 2016

Biryani tanam


BAHAN-BAHAN :
5 cawan beras basmati (rendam bersama air bercampur garam 30 minit)
8 ketul ayam
1 tin kecil (220g) pati tomato Duchef
1/2 labu bawang besar kuning (hiris)
4 tbsp rempah beriani Babas
segenggam kismis
4 tangkai cili hijau
segenggam daun ketumbar bersama batangnya
sedikit susu segar untuk kuah ayam
garam dan gula 
minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 tangkai cengkih
3 biji pelaga

BAHAN KISAR :
2 labu bawang besar saiz kecil
2 inci halia
3 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih

CARA-CARA :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
Tumis bahan tumis bersama bawang hiris dan rempah beriani sehingga harum.
Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga terbit minyak.
Tambahkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Masukkan pati tomato, sedikit susu segar dan juga bahan perasa. 
Masak sehingga kuah pekat.
Ketepikan.
Sementara itu, masak nasi dengan nisbah air 1:1 1/2
Setelah nasi 1/2 masak, keluarkan nasi dan tindan bersama ayam dan kuah beriani.
Masukkan sekali daun ketumbar, kismis dan cili hijau.
Masak di atas api kecil sehingga nasi tanak. 
Sedia dihidangkan bersama acar dan pelengkap.


Biskut semperit susu

 BAHAN-BAHAN :
125g mentega
125g susu pekat manis
230g tepung jagung
sedikit pewarna kuning (jika suka)
sugar sprinkles (untuk tabur)

CARA-CARA :
Gaul semua bahan kecuali sugar sprinkles hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan semperit.
Tekankan ke dalam loyang yang telah dialas kertas minyak.
Tabur sugar sprinkles dan bakar sehingga masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Sejukkan dahulu sebelum disusun di dalam balang.

Krim puff

 BAHAN-BAHAN :
250ml air
100g mentega
125g tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
3 biji telur saiz A

 CARA-CARA :
Didihkan air bersama mentega di dalam periuk kecil sehingga mentega cair.
Matikan api.
Masukkan tepung dan serbuk penaik sambil dikacau sehingga menjadi doh.
Ketepikan sebentar.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sehingga adunan licin.
Picitkan @ sudukan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
Basahkan hujung jari dan sapu pada puff.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga kuning keemasan.
Setelah masak, cucuk sedikit puff supaya puff tidak lembik.
Hidangkan dengan inti kegemaran.