Anak-anakku

Loading...

Sunday, April 22, 2012

Kerang pedas manis

BAHAN-BAHAN :

1 mangkuk kecil kerang yang telah direbus dan dibuang separuh kulit
2 sdb bawang merah kisar
2 sdb bawang putih kisar
2 sdb cili giling
kicap manis secukupnya
2 batang serai (diketuk)
1 tangkai daun kari
1 cili hijau + 1 bawang besar (dihiris)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA :

Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga wangi.
Masukkan setangkai daun kari.
Tambahkan kerang dan bahan lain,
masak lagi hingga sebati.
Sedia dihidangkan.

3 comments:

  1. lama tak makan kerang.sedapnya tgk kerang masak pedas manis ni.

    ReplyDelete
  2. Salam Ina..apa khabar? terima kasih banyak2 sbb Ina sudi berkunjung ke dapur Nasya...kerang ni yang lebihan rebus itu hari..daripada buang rasanya elok recycle jadi goreng pulak..ha..ha..xnak membazir

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Nasya..

    Ermmm...kerang..suka sgt.. tp kalau makan kerang ni, yg masih dgn cengkerangnya tu, Naz suka mengadap itu jer. Tak makan dgn nasi sbb tak puas kalau makan dgn nasi..hehee

    ReplyDelete