Anak-anakku

Loading...

Monday, June 20, 2011

sotong celup tepung

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm sotong (dicuci dan potong bulat, toskan)
  • 6 sdb tepung berserbuk penaik
  • 3 sdb tepung jagung
  • 1 sdb tepung kastad
  • 1 biji putih telur
  • lada sulah dan garam secukup rasa
  • sedikit air ais
  • minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARA :

  • Semua bahan batter diadun, pastikan pekat dan tidak terlalu cair. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas masukkan sotong yang telah disaluti tepung satu persatu. Goreng hingga kekuningan dan hidangkan segera.

Gulai ikan senangin dan bendi

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ekor ikan senangin
  • 4 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia (kisar)
  • sedikit halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sdb serbuk cili
  • 4 sdb serbuk kari
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 10 biji bendi
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis halba campur dan daun kari sehingga meletup-letup. Masukkan bahan kisar, goreng sehingga wangi. Kemudian tambahkan serbuk cili dan serbuk kari yang telah digaul dengan sedikit air. Masak lagi hingga rempah garing.
  • Setelah itu, masukkan tomato dan santan, tunggu hingga santan mendidih. Masukkan ikan, air asam dan bahan perasa. Setelah ikan agak masak barulah masukkan bendi.
  • Sedia dihidangkan.