Anak-anakku

Loading...

Sunday, May 15, 2011

Spagetti goreng


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 mangkuk sedang spagetti yang telah direbus
  • 1/4 sdb diced tomatoes jenama Hunts
  • 3 ulas bawang merah (dimayang)
  • 8 ekor udang
  • sedikit kobis
  • 1 sdb cili kisar
  • sos tomato, sos cili dan sos tiram secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun untuk menumis
  • CARA MEMASAK :-)
    1. Panaskan minyak di dalam kuali tumis bahan yang dihiris,diced tomatoes dan cili kisar, masukkan udang dan sayur kobis masak hingga udang berubah warna. Masukkan spagetti dan sos-sos. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam. Kacau rata.
    2. Sedia dihidangkan.

Cencaru sumbat panggang


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor ikan cencaru (dibelah belakang, dilumur garam kunyit)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  •  sedikit air asam jawa pekat
  • 10 biji cili api (ditumbuk)
  • 4 biji cili merah (ditumbuk)
  • garam dan gula secukup rasa

  • CARA MEMASAK :-)
  • Masukkan semua bahan ke dalam ikan. Panggang.

Meraikan Hari Ibu Di Secret Recipe
















Moi



  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 pot beras
  • 7 pot air 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Masak didalam periuk elektrik sehingga nasi hancur. Kacau selalu.
TUMIS CENDAWAN
  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 paket cendawan
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sos tiram dan garam secukup rasa
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Semua bahan ditumis. 

IKAN MASIN GORENG

  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 2 keping isi ikan yu masin (didadu dan direndam air)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
  • 1 biji cili merah(dihiris)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • sedikit serbuk pati ayam  
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Semua bahan ditumis bersama sedikit minyak.

Sayur warna-warni


  •  BAHAN-BAHANNYA :
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang karot (dihiris bulat)
1/2 paket cendawan tiram (disiat)
1/4 biji kobis ungu (dihiris nipis)
sedikit kacang pea
1 biji cili hijau (dihiris)
sos worchestershire dan serbuk pati ayam secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan karot dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan cendawan. Tunggu hingga karot lembut dan air cendawan kering. Kacau rata dan masukkan lain-lain sayuran.
  3. Akhir sekali, masukkan bahan perisa dan sebatikan. 
  4. Angkat dan sedia dihidang.  

Puding karamel milo



  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 6 biji telur
  • 2 sachet milo 3 in 1
  • sedikit esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan air
  • gula hangus secukupnya
  • sedikit spray oil untuk melengser acuan 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Panaskan pengukus di atas api yang sederhana besar. Sementara itu, lengser acuan dengan spray oil dan masukkan gula hangus. Biar gula sedikit keras.
      2. Masukkan semua bahan-bahan untuk puding ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga milo hancur. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga puding masak. 
      3. Sedia dihidangkan.