Saturday, May 5, 2012

Pajeri terung

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 biji terung panjang (potong 2, belah tengah tak putus)
  2. 1/2 kg santan
  3. 1 sdb udang kering (Nasya xtumbuk, suka sekor2)
  4. 1 sdb halia kisar
  5. 2 sdb bawang merah kisar
  6. 1 sdb bawang putih kisar
  7. 1 paket kecil rempah kari ikan
  8. setangkai daun kari
  9. sedikit kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang
  10. 2 asam keping
  11. 1 tangkai cili merah dan cili hijau (belah 2)
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis dan daun kari hingga wangi. Tambahkan halia, bawang merah dan juga bawang putih. Masak hingga garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan juga udang kering. Kacau rata.
  3. Setelah itu, masukkan santan dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan terung, cili, asam keping dan juga bahan perasa. Masak hingga terung lembut dan kuah pekat. Setelah elok masaknya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng.



Sayur campur sosej

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 paket sosej (potong 4)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris nipis)
  • sedikit cendawan telinga (rendam sehingga lembut dan dikoyak-koyak)
  • sedikit cendawan tiram
  • beberapa batang asparagus (potong)
  • sedikit putik jagung
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • sedikit sos tiram
  • garam sekiranya perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kesemua sayur-sayuran, sos tiram dan garam jika kurang masin.
  • Kacau rata dan sedia dihidangkan.



Nasi goreng udang

Nasi goreng ni buat 2 hari sudah. Punyalah kelam kabut masa goreng nasik ni sebab hero bongsu tengah melalak..tu yang janggut udang pun xsempat nak trim. Apapun nasik grg ni memang ringkas sebab Nasya cuma letak bawang merah hiris, udang dan juga telur. Nasya cuma letak sedikit garam sebagai perasa sebab air udang dah manis. Apa yang penting, masuk perut jadi zat jugak kan ha..ha..ha...