Anak-anakku

Loading...

Saturday, May 5, 2012

Pajeri terung

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 biji terung panjang (potong 2, belah tengah tak putus)
  2. 1/2 kg santan
  3. 1 sdb udang kering (Nasya xtumbuk, suka sekor2)
  4. 1 sdb halia kisar
  5. 2 sdb bawang merah kisar
  6. 1 sdb bawang putih kisar
  7. 1 paket kecil rempah kari ikan
  8. setangkai daun kari
  9. sedikit kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang
  10. 2 asam keping
  11. 1 tangkai cili merah dan cili hijau (belah 2)
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis dan daun kari hingga wangi. Tambahkan halia, bawang merah dan juga bawang putih. Masak hingga garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan juga udang kering. Kacau rata.
  3. Setelah itu, masukkan santan dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan terung, cili, asam keping dan juga bahan perasa. Masak hingga terung lembut dan kuah pekat. Setelah elok masaknya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng.



5 comments:

  1. nampak sgt menyelerakann..bleh btmbh2 nasik ni..hehe

    ReplyDelete
  2. makasih Hasue sudi jenguk dapur akak...mmmmm ada soalan cepu mas untuk Hasue nie...
    brader Ryo tu adik Hasue ekkk????

    ReplyDelete
  3. aduhai...tiba2 rasa nak makan pajeri terung pulakkk....

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak2 Ida dan Azian sebab sudi singgah dapur Nasya...kat umah ni dalam seminggu mesti nak kari..nape ekk??apa pun pajeri ni sedap mkn ngan gelama jeruk kan..kann..

    ReplyDelete