Anak-anakku

Loading...

Saturday, November 26, 2016

Ketam pedas manis


 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (dibelah 2 dan dibersihkan)
1 biji tomato (hiris)
sos tiram, sos cili dan sos tomato secukup rasa
garam dan gula secukupnya
1 biji telur 
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering, rebus (boleh lebihkan)
1 inci halia
sedikit belacan

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng ketam sehingga setengah masak dan ketepikan.
Panaskan baki minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan sos-sos dan tomato hiris.
Gaul rata.
Tambahkan ketam dan masak lagi hingga terbit minyak.
Pecahkan sebiji telur dan kacau sehingga telur berketul.
Sedia dihidangkan. 
Enak diratah-ratah begitu sahaja.

Nasi goreng bilis

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
2 helai daun kobis (potong kecil)
1 tsp serbuk pati ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

DITUMBUK KASAR:
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 tbsp ikan bilis
1 tangkai cili hijau (ikut citarasa)
1/2 tsp belacan

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.
Masukkan kobis dan masak sehingga layu.
Tambahkan nasi, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
Masak hingga sebati dan sedia dihidangkan .

Mi basah anak-anak

 BAHAN-BAHAN :
1 paket mi kuning  (dibasuh dan toskan)
3 pokok sawi (potong kecil)
1 batang lobak merah (hiris halus)
1 paket bebola ikan
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
kicap manis, sos cili, sos tiram dan kicap cair secukup rasa
1 tbsp tepung jagung (dibancuh bersama 1 cawan air)
garam secukup rasa
hirisan daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang dan halia sehingga harum.
Tambahkan bebola ikan dan lobak merah.
Masak hingga sayur lembut.
Kemudian masukkan sawi, mi kuning dan semua sos secukupnya.
Gaul rata.
Tambahkan bancuhan tepung jagung.
Gaul lagi.
Rasa dahulu mi sebelum memasukkan garam.
Setelah sebati rasanya, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.


Sup filamen ketam

 BAHAN-BAHAN :
1 paket kecil filamen ketam (potong 2)
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/4 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang)
1tsp serbuk pati ayam
1/2 tbsp tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
hirisan daun bawang secukupnya
air untuk kuah secukupnya
garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang sehingga terbit bau.
Tuangkan air secukupnya untuk kuah.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan filamen ketam, bahan perasa dan juga garam.
Tambahkan tepung jagung dan telur.
Gaul sebati.
Taburkan hirisan daun bawang sedia dihidangkan.