SUMBER :cikguani
Wednesday, June 5, 2013
Bayam masak manis
BAHAN-BAHAN :
1 ikat bayam (rendam bersama air garam, siang, cuci dan toskan)
1 biji keledek sederhana (buang kulit hiris bulat)
budu (ikut citarasa, makcik letak dlm 1 senduk budu jenama sedap)
1 tangkai cili merah (hiris)
4 gelas air
sedikit sahaja garam
DITUMBUK :
segenggam ikan bilis
1 inci belacan
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tsp lada hitam
CARA :
Rebus keledek bersama air dan bahan tumbuk hingga keledek empuk
tambahkan budu dan masak lagi hingga mendidih
masukkan cili merah dan bayam yang telah ditos
masak hingga bayam layu. Rasa dahulu kuah sebelum memasukkan garam.
Sedia diangkat dan dihidangkan
Bayam masak manis lawan ayam goreng...
Bayam masak manis makan dengan ayam goreng...ada sambal...ada ikan masin...cukup lengkap. Tambah laa ulam timun sikit...ore Kelate kata "jelira make nasik"
ayam goreng ni lumur dengan garam kunyit + serbuk kari daging. Perap kejap...sedap especially tang kulitnya tu...xterliur ke??
Subscribe to:
Posts (Atom)