Anak-anakku

Loading...

Wednesday, August 3, 2016

Kerabu pegaga dan mangga muda

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pegaga, 200g (mayang halus)
1 biji mangga muda (hiris panjang)
jus limau kasturi secukup rasa
garam dan gula 

DISANGAI @ GORENG TANPA MINYAK :
1/2 labu bawang besar 
1 inci belacan
5 ketul temu kunci@halia kg (sebesar ibu jari)
2 batang serai (hiris)
1 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
2 genggam kelapa parut
sedikit lada hitam, jika suka

CARA-CARA
 Tumbuk @ kisar kering bahan yang telah disangai.
Gaulkan bersama mangga muda dan pegaga.
Tambahkan jus limau, garam dan juga gula secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Ayam masak taucu Kelantan

 BAHAN-BAHAN :
500g kepak, kaki, hati dan pedal ayam (potong kecil)@ bahagian bertulang yang lain
1 kotak santan
air secukupnya
3 biji tomato hijau (hiris)
5 tangkai cili hijau (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
secekak kacang panjang (potong pendek)
putik jagung (hiris nipis, jika ada)
1 asam keping
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sehiris kunyit hidup
sehiris lengkuas
3 batang serai
segenggam penuh cili api
sebesar ibu jari belacan
2 tbsp taucu
1tsp udang kering @udang basah(lebihkan)


CARA-CARA:
 
 Panaskan secukupnya minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Tambahkan santan, air dan asam keping.
Renihkan sehingga kuah sedikit pekat.
Rasa dahulu kuah sebelum memasukkan bahan perasa.
Perasakan secukupnya.
Kemudian masukkan kacang panjang, tomato, bawang dan cili hiris.
Gaul rata. 
Setelah kacang agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
 **masakan ni mesti ada kombinasi pedas, manis, masin. Pedas mesti lebih**


Cendawan tumis bersama udang

 BAHAN-BAHAN :
1 tin cendawan bulat (belah 4)
1 biji kapsikum (hiris)
10 ekor udang 
2 tsp bawang putih kisar
2 tsp bawang merah kisar
garam dan serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang kisar sehingga naik bau.
Masukkan udang dan gaul rata.
Kemudian tambahkan kapsikum dan cendawan.
Masak hingga cendawan layu dan tambahkan bahan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan.