BAHAN-BAHAN :
5 pokok sawi siew pak choy (bersihkan)
1 mangkuk kecil isi kepah
1 Tbsp sos tiram
garam/gula
minyak untuk menumis
DITUMBUK :
1 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1 inci belacan
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan isi kepah dan sos tiram.
Gaul rata.
Setelah isi kepah kecut, masukkan pak choy dan goreng sehingga layu tetapi masih rangup.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.