Anak-anakku

Loading...

Wednesday, May 22, 2013

Laksa pendek ala-ala char kway teow

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket laksa pendek
  • 1 mangkuk sederhana isi udang
  • 1 pokok sawi (potong pendek)
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 biji telur (pukul sedikit)
  • 1/2 senduk nasi sos tiram nona @ mahsuri
  • 1/2 senduk nasi sos cili kimball
  • kicap cair dan kicap pekat secukupnya
  • sedikit kicap manis cap kipas udang
  • garam secukup rasa 
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis


 CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. 
  2. Masukkan udang, sawi dan sos-sos. Kacau sebati.
  3. Tambahkan laksa pendek, kicap-kicap dan sedikit air. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  4. Kemudian tuangkan telur yang telah dipukul dan masukkan juga tauge. Gaul sebentar dan sedia dihidangkan bersama cili jeruk @ cili kicap....nyumm...nyumm...


8 comments:

  1. sebijik nampak macam char kuey teow, sedap kak

    ReplyDelete
  2. salam
    wahhh!!!makcik buat char kuey teow..npk sedaplah laksa pendek ala-ala char kway teow makcik buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap pakcik....meluncur laju je masuk lam tekak, xyah kunyah dah hik..hik...

      Delete
  3. Sedap akk tgk yg masakan yg berkuah2 basah mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka basah2 gak kak ROhah..he..hee..

      Delete
  4. ohh zila lum penah jumpa laksa kontot gini kak..

    ReplyDelete