Anak-anakku

Loading...

Tuesday, May 14, 2013

Bebola daging dalam sos tomato

 BAHAN-BAHAN :
daging kisar lebih kurang 400 g
2 keping roti gardenia (nak tambah pun boleh)
1/2 biji bawang besar (cincang)
1 biji telur
sedikit garlic powder
sedikit mixed herbs
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng tohor dan menumis

 sedikit susu segar untuk merendam roti
sedikit lada hitam kisar
2 helai daun bay
1 tin tomato cincang


CARA :

 Gaulkan daging bersama roti yang telah diperah, telur, serbuk bawang putih dan juga herba campur. Masukkan sedikit garam.
 buat daging berbentuk bebola
 panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan masukkan daging yang telah dibulat-bulatkan 
 masak hingga keperangan
 di dalam periuk yang sama, renihkan tomato cincang bersama daun bay. Masak hingga menggelegak
 tambahkan bebola daging, serbuk lada hitam, garam dan juga gula
 masak hingga kuah pekat
enak jika dicicah bersama roti ataupun dijadikan topping pizza

6 comments:

  1. Assallamualaikum Nasya..
    wah cam best jer tgk meat ball ni... buat perut jadi lapor je tau!
    Dah ok dah skrg ni Nasya.. Dah tak meloya dah kecuali terhidu bau2 yg kurang menyenangkanlah.. Dulu masa tgh meloya, bau2 wangi pun nak termuntah.. Skrg dah tak..hihiii..

    ReplyDelete
  2. sronoknyer!!! mesti selera kan nak mamam macam2 hu..hu..

    ReplyDelete
  3. bestnya..feveret yana klu msk cani..bleh cicah dgn roti..mkn dgn dgn pasta pun best gak nih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he...resepi mudah utk para ibu yg sibuk ermmm....

      Delete
  4. salam...pinjam resepi nasya..nmpk sedap la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm along....silakan, nanti along tambah2 laa apa yg kurang yerr..

      Delete