Anak-anakku

Loading...

Friday, July 12, 2013

Ayam percik tujuh likur

RESEPI ASAL DARI KERATAN MAJALAH LAMA TETAPI TELAH DIUBAHSUAI MENGIKUT CITARASA SENDIRI


 BAHAN-BAHAN :
8 ketul ayam
1 kotak santan kara
secukupnya air
1 1/2 tbsp gula
1 tbsp cili kisar
1/2 tbsp serbuk kurma
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
DIKISAR :
6 biji buah keras
3 kuntum cengkih
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 batang serai
1 cm kunyit hidup
 CARA :
Masukkan ayam dan semua bahan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya dan jerang sehingga ayam masak.
Keluarkan ayam dan panggang ayam sambil dipercikkan kuah.
Baki kuah dimasak sehingga pekat dan hidang bersama ayam sebagai tambahan.

6 comments:

  1. SALAM
    wahhh!!!makcik sedapnye Ayam percik...mkn dgn nasi apa sedap ni makcik..

    ReplyDelete
  2. tergoda aiiiii....
    leh masuk list ramadhan!

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    wah..bukan main menggoda lagi ayam percik tu..sangat sesuai menu untuk berbuka..

    ReplyDelete