Anak-anakku

Loading...

Wednesday, March 9, 2011

daging masak "arab"

SUMBER : MAJALAH RASA



  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging lembu (direbus empuk dan didadu)
  • 100 gm bawang merah (dihiris)
  • 20 gm bawang putih (dihiris)
  • 70 gm tomato puri
  • 1/2 liter santan
  • 100 ml minyak masak
  • 2 sdb minyak sapi
  • garam secukup rasa
  • Bahan Kisar :
  • 50 gm buah tomato
  • 300 gm bawang merah
  • 10 gm jintan manis
  • 10 gm jintan putih
  • 50 gm halia
  • 5 gm kunyit
  • 5 gm serbuk lada hitam
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Perap daging bersama bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
    2. Panaskan minyak bersama minyak sapi, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.Kemudian masukkan tomato puri dan garam secukup rasa.
    3. Biarkan mendidih seketika dan kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.Gaul hingga mesra.
    4. Masukkan santan dan biarkan mendidih.Masak sehingga kuah menjadi pekat dan daging empuk.
    5. Sedia dihidang.

1 comment: