Loading...

Saturday, March 12, 2011

ayam percik putih

  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 ekor ayam (dipotong 6)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk & perap dengan ayam)
  • 2 cm halia (ditumbuk & perap dengan ayam)
  • BAHAN UNTUK KUAH :-)
  • 10 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 cm halia (ditumbuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk belacan
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit tepung beras @ tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Ayam dilumur bersama sedikit garam dan bahan perap sebelum dibakar @ digoreng.
    2. Campurkan semua bahan untuk kuah kecuali tepung jagung.Reneh di atas api yang perlahan sehingga agak pekat dan masukkan bancuhan tepung jagung.
    3. Setelah masak, curahkan keatas ayam yang sedang dibakar sedikit demi sedikit sambil ayam tadi dibalik-balikkan.
    4. Hidangkan bersama kuah yang selebihnya.

No comments:

Post a Comment