Anak-anakku

Loading...

Tuesday, November 22, 2011

Tumis kacang india dan udang kering

BAHAN-BAHAN :
1 paket kacang india @ avarakai (disiang dan dipotong serong)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sdb udang kering (dicuci dan ditoskan)
sedikit sos tiram
sedikit garam jika perlu
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumbuk bahan untuk bumbu kasar-kasar. Sementara itu, sediakan minyak yang secukupnya untuk menumis di dalam kuali.


Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi dan garing. Kemudian,

tambahkan secukupnya sos tiram dan 

gaul rata.

Akhir sekali tambahkan kacang dan masak lagi hingga sayur layu tetapi masih rangup. Rasa apa yang kurang, jika perlu barulah dimasukkan sedikit garam.

Siap untuk dihidangkan.

6 comments:

  1. salam nasya..
    nampak sedaplah kacang tu... tak perasan kcg ni ada tak kt pasar...namanya mmg kacang india ye?

    ReplyDelete
  2. as-salam nasya
    nasya apa khabar? harap sihat2 ya..kacang india tu ady pernah lihat kat pasar tapi tak tahu masak apa..npk sedap jugak kacang tu dimasak tumis..

    ReplyDelete
  3. wslm madihaa..sihat..nasya beli kacang ni kat mydin.memang ada jual. kalau bole amik yang muda sikit. Rasa dia rangup dan manis mcm kita makan kacang peas. Kat pasar tani pun ada..kat paket dia memang tulis kacang india...

    ReplyDelete
  4. wslm Ady..Ady apa khabar? Nasya sihat2 aje...bertambah kembang..ha..ha..memang sedap kacang ni Ady rangup dan manis..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Nasya thanks singgah rumah akak,kcg ni akak tak pernah beli nampak mcm sedap aje

    ReplyDelete
  6. wslm kak mimi. Nasya pun mula2 takut gak sbb nampak lain macam je kacang nie.Xberapa cantik..tapi bila dah jadi lauk ok gak..orang kata jangan pandang luaran..ha..ha..

    ReplyDelete