Anak-anakku

Loading...

Wednesday, November 23, 2011

Dalca daging


BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan kacang dal (direndam semalaman dan direbus)
400 gm daging tetel (direbus bersama dal, masukkan 1 sudu besi untuk mempercepatkan daging empuk)
3 sdb serbuk kari baba
1 sdb serbuk cili
sedikit rempah tumis empat sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
2 tangkai daun kari (jika ada)
1/2 kilo santan
1 biji buah kelo @ murunggai (disiat kulit luar dan dipotong 3 cm)
1 batang karot (potong panjang)
3 biji kentang (potong 4)
8 biji terung ulam (belah 2)
2 biji cili merah (buang biji, belah 2)
1 keping asam gelugur
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya
DIKISAR :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan kisar hingga garing dan harum. 

Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama serbuk cili dan sedikit air.

Kacau rata dan masukkan 1 sdk garam pada langkah ini.

Tunggu hingga rempah terbit minyak kemudian

tuangkan ke dalam periuk yang berisi daging dan dal yang telah empuk.

Masukkan santan, kentang dan juga karot. Tunggu hingga santan cair. (Jika menggunakan santan biasa, tunggu hingga sayur empuk baru dimasukkan santan)

Setelah sayur agak empuk dan santan terbit minyak, bolehlah dimasukkan asam gelugur, buah kelo, terung dan cili merah. Jangan lupa untuk memasukkan bahan perasa.

Setelah gulai sebati dan cukup semua rasa bolehlah dimatikan api.

Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan pekasam goreng atau dicicah bersama roti.

2 comments:

  1. Salam Nasya, terima kasih sudi follow blog WAWMC..mieza follow juga..dan mieza ucapkan selamat berkenalan..semoga kita dapat bertukar2 pendapat di sini...sedap sgt nampak dalca daging nasya ni..makan dengan nasi tumis mesti sedap sgt kan :)

    ReplyDelete
  2. wslm Mieza...selamat berkenalan. Nasya juga nak ucapkan terima kasih sbb Mieza sudi jenguk dapur Nasya yang xseberapa ni dan sudi jugak jadi follower Nasya. makasih bebanyak. Nasya ni baru belajar kalau ada yang salah dan silap mintak Mieza tolong betulkan ek....he..he..

    ReplyDelete