Anak-anakku

Loading...

Thursday, September 12, 2013

Sup ayam dan cendawan telinga




 BAHAN-BAHAN :
3 ketul kepak ayam (potong 3)
2 keping cendawan telinga (direndam hingga lembut, hiris nipis)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 inci halia (ketuk)
1 tbsp pati ayam
garam secukup rasa
4 c air
hirisan daun sup dan daun bawang
sedikit minyak untuk menumis

CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam , air dan juga cendawan.
Tambahkan pati ayam dan juga garam secukup rasa.
Renihkan sehingga ayam lembut dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sejurus menghidang.


1 comment:

  1. salam kak..

    best ni hirup sup ayam time hujan2 gini..perut ni cepat lapar bila cuaca sejuk..

    ReplyDelete