Anak-anakku

Loading...

Tuesday, February 1, 2011

nasi goreng dulu-dulu


Assalamualaikum buat anak-anak sedara yang dikasihi...yang sentiasa menjadi follower aunt,xkira di mana jua berada semoga dilindungi Allah selalu.
Hari ni aunt masak benda yg simple gila tetapi mengembalikan nostalgia,walaupun simple tetapi sangat sedap tambah-tambah lagi makan ngan ikan pekasam.Kalau nak tau,cuba jangan tak cuba....

  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sdb udang kering (ditumbuk)
  • 1 sdk cili boh
  • secubit garam
  • kicap manis secukupnya
  • sebiji telur
  • 2 tangkai sawi (dipotong-potong)
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali.Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama dengan cili boh sehingga garing dan naik bau.pecahkan telur,tunggu sehingga telur berketul
    2. Masukkan nasi,sawi,garam dan sedikit kicap manis.kacau hingga mesra.
    3. Bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk orang-orang tersayang

No comments:

Post a Comment