Anak-anakku

Loading...

Saturday, January 21, 2017

Siakap masam manis berserai


 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap sederhana (potong 4)
10 tangkai cili padi hijau
1 helai daun limau purut (carik)
1/2 tbsp sos tiram Nona
3 tbsp sos tomato Kimball
2 tbsp sos cili Kimball
1 tbsp kicap cair
garam dan gula secukup rasa
sedikit garam +serbuk kunyit (lumur ikan)
minyak untuk menumis dan menggoreng ikan

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 biji tomato masak
7 tangkai cili kering (rebus)
1 batang serai
5 ulas bawang putih

 CARA-CARA :
 Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga garing dan ketepikan.
Sementara itu, kisar bahan rencah dengan sedikit air sehingga hancur.
Panaskan sedikit minyak baki gorengan ikan.
Tumis bahan kisar sehingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan bahan sos, cili api dan perasakan secukupnya.
Kacau sehingga sos meletup-letup. 
Masukkan daun limau purut dan tuangkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. 
Hidangkan panas-panas.

2 comments:

  1. Replies
    1. waalaikumussalam Tuan...apa habaq. Tima kasih sudi ziarah akak hihii.

      Delete