Anak-anakku

Loading...

Saturday, January 21, 2017

Sup daging pedas masam

 BAHAN-BAHAN :
300g daging (hiris nipis)
1 batang serai (kisar)
1 biji tomato (belah 6)
1/2 labu bawang besar (hiris)
6 tangkai cili api (belah 2)
1 bungkus sup bunjut
1 tsp maggi secukup rasa
jus limau nipis @kasturi secukupnya
2 helai daun limau purut (carik)
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya 
air secukupnya untuk merebus daging
garam secukup rasa

 CARA-CARA :
 Rebus daging sehingga empuk.
Sukat 3 gelas air rebusan untuk kuah.
Renihkan stok bersama daging, serai, akar ketumbar, bawang, sup bunjut dan juga tomato.
Perasakan dengan maggi secukup rasa dan sedikit garam. 
Masak hingga tomato lembut.
Kemudian tambahkan cili api dan daun limau purut.
Sebelum dihidangkan masukkan jus limau mengikut citarasa.
Taburkan daun ketumbar sebelum dinikmati.


No comments:

Post a Comment