Anak-anakku

Loading...

Tuesday, May 3, 2011

Asam pedas ikan pari


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 6 ketul ikan pari 
  • minyak masak untuk menumis
  • 2 kuntum bunga kantan
  •  segenggam daun kesum
  • air secukupnya
  • 1/2 genggam asam jawa baru (diramas dengan sedikit air)
  • garam secukup rasa
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sdb cili kisar
  • 1 cm kunyit hidup (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • sedikit belacan
  • sedikit lada hitam
  • 1/2 sdb serbuk pati ikan bilis
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 2 biji terung (potong panjang) 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Cuci dan bersihkan ikan dengan garam dan air asam jawa.Bilas beberapa kali dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan yang dikisar bersama belacan dan pes cili kering hingga harum dan terbit minyak.
    3. Masukkan ikan pari,bunga kantan dan daun kesum .Kacau rata dan masukkan sedikit air dan biar mereneh selama 5 minit.
    4. Masukkan terung, tomato, baki air dan air asam jawa.Masukkan juga bahan perasa.Tunggu sehingga mendidih dan ikan masak.
    5. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment