Anak-anakku

Loading...

Sunday, August 18, 2013

Bihun sup bebola daging dan udang






 BAHAN-BAHAN :
1/2 bungkus bihun (direbus lembut dan toskan)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 biji bawang holland (tumbuk)
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1 tbsp pati ayam
15 biji bebola daging
20 ekor udang kertas
1 paket sawi
1 tbsp kicap cair
1 tbsp sos ikan
1 tbsp kicap manis kipas udang
garam secukup rasa
3 gelas besar air @ secukupnya
minyak untuk menumis
daun sup, daun bawang dan daun ketumbar

CARA :

 Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan juga rempah tumis hingga garing dan naik bau

 masukkan bebola daging dan juga batang sawi. Gaul rata.

 Tambahkan air dan biar mendidih

 masukkan pula udang juga bahan perasa

 akhir sekali tambahkan daun sawi dan masak hingga sayur layu.

 Tambah apa yang kurang
 sedia dihidangkan bersama cili potong......jangan lupa perah limau slurppppp

4 comments:

  1. punyalah senang kan..haishhh
    mesti sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba darling jangan xcuba....pandai2 tambah apa yang kurang ekk......

      Delete
  2. assalamualaikum kak..

    em, sedapnya bihun sup tu..ada udang plak tu..meleleh air liut tengok..hehe..selamat hari raya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm dik......
      resepisempoi aje....he..he....
      selamat hari raya darling......

      Delete