Anak-anakku

Loading...

Friday, October 14, 2011

Tumis sawi jepun dan noi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor noi (sotong katak) saiz sederhana (dipotong panjang)
  • 1 ikat sawi jepun
  • 10 biji tomato ceri (dibelah 2)
  • sedikit sos tiram
  • garam dan perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
DITUMBUK :

  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan noi (gunakan api besar untuk mengeringkan air noi), kacau selalu agar tidak hangit.
  • Setelah noi masak, tambahkan sayur dan bahan perasa. Kacau rata. Sebelum diangkat masukkan tomato ceri dan segera tutupkan api agar tomato kekal rangup. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

2 comments:

  1. Nasya.. Naz suka sayur2an yg campur2 cam ni.. Nakkkkk... I love vegetables..

    ReplyDelete
  2. Nasya semenjak 2menjak ni malas nak masak satu-satu. itu yang lebur semua sekali..ahak..ahak..senang.msk satu jenis je..

    ReplyDelete