Sunday, October 16, 2011

JIBRIL MENGKHABARKAN TENTANG SEKSA ALLAH (Nabi Yahya sangat takut)

Nabi Zakaria as ketika mengajar memberi nasihat supaya takut kepada ALLAH SWT, beliau akan memanang ke kanan dan ke kiri. Apabila Nabi Zakaria mendapati anaknya Nabi Yahya as tidak ada maka beliau akan membaca ayat-ayat yang menunjukkan seksa ALLAH SWT. Dan apabila Nabi Zakaria melihat anaknya ada bersama dalam majlis itu maka beliau tidak akan membacakan ayat-ayat yang menunjukkan seksa ALLAH SWT.

     Pada suatu hari seperti biasa Nabi Zakaria melihat orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, beliau melihat ke kanan dan ke kiri untuk memastikan anaknya Nabi Yahya tidak ada. Nabi Yahya tanpa pengetahuan bapanya telah memakai jubah dan menundukkan kepala sehingga tidak dapat dikenali oleh Nabi Zakaria.
     Setelah Nabi Zakaria mendapati anaknya tidak ada maka beliaupun memulakan syarahannya dengan ayat-ayat tentang seksa ALLAH SWT.
     Berkata Nabi Zakaria as sambil menangis :"Sesungguhnya Jibril as telah mengatakan kepadaku bahawa di dalam neraka jahanam terdapat sebuah gunung yang disebut "Sakraana" yang asalnya dari satu jurang yang bernama "Ghadhban" yang mana ianya dicipta dengan kemurkaan ALLAH Yang Maha Rahman. Di jurang itu terdapat beberapa perigi dari api dalam setiap perigi itu 200 tahun perjalanan, dalam perigi itu juga terdapat beberapa peti dari api dan di dalam peti-peti itu terdapat rantai dan belenggu yang banyak."
     Apabila Nabi Yahya as mendengar syarahan ayahnya tentang seksaan itu, maka beliau dengan cepat bangun berlari keluar sambil menangis dengan berkata :"Aduh Sakraana"Aduh Ghadhbaan". Sebaik sahaja Nabi Zakaria melihat anaknya lari keluar maka beliau melompat mengejar Nabi Yahya as diikuti oleh isteri Nabi Zakaria.
     Setelah Nabi Zakaria dan isterinya gagal mencari Nabi Yahya as maka Nabi Zakaria as pun bertanya kepada pengembala kambing yang berada dekatnya :"Adakah kamu nampak seorang anak muda yang rupanya begini dan begini."
     Berkata pengembala kambing itu :"Mungkin kamu berdua ini mencari Yahya ?"
     Berkata Nabi Zakaria :"Ya memang benar kami mencari Yahya."
     Berkata pengembala kambing lagi :"Sebenarnya Yahya ada dekat gunung itu, tetapi saya dengar Yahya berkata dia tidak akan makan dan minum sehingga dia ditunjukkan tempat tinggalnya di syurga atau di neraka."
     Maka pegilah Nabi Zakaria bersama isteri ke atas gunung yang ditunjukkan dan dilihatnya Nabi Yahya as sedang berdoa.
     Lalu ibu Nabi Yahya as berkata :"Wahai anakku, demi sesustu yang perutku mengandungkanmu sekian bulan dan demi sesuatu yang buah dadaku menyusuimu sekian lama marilah kita pulang ke rumah bersama."
     Akhirnya Nabi Yahya as pun turut kata ibunya, sampai di rumah ibunya pun menyediakan makanan. Setelah Nabi Yahya makan maka dia pun tertidur. Dalam tidur Nabi Yahya telah dipanggil :"Wahai Yahya, sesungguhnya kamu telah mendapat tempat yang lebih baik dari tempat tinggal saya dan menemukan tetangga yang lebih baik dari tetangga saya."
     Apabila Nabi Yahya bertambah rajin melakukan ibadah kepada ALLAH SWT maka ALLAH SWT menurunkan wahyu yang bermaksud :"Wahai Zakaria, sesungguhnya Aku telah mengharamkan neraka jahanam ke atas kamu semua."
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :
     "Sesungguhnya mereka itu bersegera dalam kebaikan serta memohon kepada Kami dengan gembira dan dengan takut ; dan adalah mereka itu khusyuk dan tunduk kepada Kami."

No comments:

Post a Comment