Loading...

Tuesday, February 25, 2014

Kuzi ayam NaSya

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (potong kecil, perap dengan bawang putih, garam dan halia, goreng 1/2 masak)
2 labu bawang holland (kalau boleh)
2 ulas bawang putih (ditumbuk untuk lumur ayam)
2 inci halia (ditumbuk untuk lumur ayam)
1 paket rempah kuzi cap Selising
1 genggam kismis kuning (basuh dan goreng sebentar)
5 tbsp sos tomato kimball
1 tbsp susu pekat manis
1 tin susu cair
1 senduk minyak sapi
sedikit minyak masak
1 mangkuk kecil badam, rendam, buang kulit dan belah 2 (makcik xde stok...guna badam kisar je)


CARA :
 Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. 
 Gorengkan bawang besar yang telah dihiris hingga layu. (Jangan garing)
 Kisar bawang hingga hancur.
 Sementara itu, goreng ayam menggunakan minyak yang sama 
 sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
 Di dalam periuk yang sama, masukkan kembali bawang yang telah dimesin
 masukkan juga rempah kuzi dan masak hingga terbit minyak
 tambahkan susu pekat
 sos tomato, kismis dan juga badam. Gaul rata.
 Tambahkan ayam dan juga susu cair
 masukkan garam secukup rasa
 masak sehingga pekat dan terbit minyak

Enak dicicah bersama roti.

3 comments:

  1. assalamualaikum kak nasya..

    lamanya x datang sini..sedapnya kuzi tu kak..membuka selera..

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkunjung dik....akak pun tenggelam timbul skrg ha..ha...

    ReplyDelete